Dulu
Tanah gersang sakti menjadi saksi
Dengan ikatan ukhuwwah yang terbina
Kita percaya tiada pisahnya
Kerana ia ikatan akidah mahabbah kita ukhuwwah fillah
Perjuangan kita mardhatillah
Sudah berpuluh tahun kita memerintah
Lewat lama masa kita bebas penjajah!
Tapi bukan kita kena selesa tunjuk gah
Kerana hakikat kita lemah kita rebah
Sedetik kita fikir
Nenek moyang kita
Berjuang! Dipanggil kafir
Biar! !
Dikutuk! Dihina!
Asal melayu ada kuasa
Asal kita bahagia semua
Agar rakyat hidup terbela!
Kita jatuh kita tersungkur
kita bangun seiring doa
Buang semua putus asa
Seka air mata kita
Sebab kita percaya segala kerana
DIA Maha Pencipta
Melimpahkan segala mudah
Tuang segala berkat
Pada kita manusia yang suka leka
Erti juang hidup bukan semata bila berjaya
Tapi pada erti usaha kita bersama
Kerana meniti juang itu buat kita setia
Saat lemah dalam kita
Kita kuatkan bersama
Saat luka dalam kita
Kita ukir bahagianya semula
Biar apa pun sengketa pernah kita rasa
Kita tetap sama sama
Kerna kita cuma faham kita
Percaya,
Percayalah!
Hari ini kita bersama
Dalam semua
Sempurna dan bahagia kita tetap setia
Semoga Tuhan ada dalam kita utuhkan ukhuwwah kita sama kita
Dan sungguh dari dalam jiwa
Kisah ini biar sampai syurga
Penulis : Bainon
Penyajak :
1) Amy AB @ Joomiah Abu Bakar dan Siti Rohani
2) Amy AB @ Joomiah Abu Bakar dan Khairul
~ KARNIVAL MAHABBAH ~
~ Selamat Pagi 1 Malaysia ~