Monday, 10 February 2014

JUBAH LELAKI DENGAN TEMA SULAMAN ARABIC

Bercerita soal fashion and style memang menjadi topik kegemaran Amy. Lebih-lebih lagi busana pengantin dan casual wear. Amy juga gemarkan sulaman menjadi penghias baju yang Amy hasilkan.
Kali ni Amy nak ketengahkan sulam kepada pakaian lelaki pulak.
Jubah lelaki yang Amy hasilkan kali ni agak istimewa kerana bukan sahaja dihiasi sulam malah double colar.
Jubah ini juga agak fit mengikut tubuh badan si pemakai.
Jom kita cuci-cuci mata...


Foto : fitting session

Foto : Sulaman penuh di kaki jubah

Foto : Fitting session

Sulaman yang Amy paparkan di sini bertemakan Arabic. Untuk membuat sulaman ni mula-mula kena buat lakaran dahulu di atas sketch book. Selepas jelas dengan lakaran yang dimahukan, barulah boleh start melakar atas kain pula. Amy hanya menggunakan ball pen untuk melakar di atas kain.
Taraaa...Dah siap lakar, barulah proses menyulam boleh dimulakan. Ketelitian harus menjadi keutamaan beserta dengan kesabaran yang jitu. hehehe...
Jom tengok gambar-gambar sulam secara close up :)










So, macam mana? Cantik ke tidak? hehe :D
Okay, Amy nak berkongsi lagi satu jubah lelaki. Tapi yang ni without sulaman.
Double colar jugak....Amy hasilkan jubah ni mengikut citarasa pelanggan Amy. Yang penting, customer suka, kita pun gembira. Tak gitu? Mestilah gitu kan? huhuhu....




Actually gambar-gambar tu semua bukan in photoshoot session.
It's more into fitting session. So, maaf atas kekurangan. Normally after dry clean baju-baju macam ni akan nampak lebih meriah. xoxo




No comments:

Post a Comment