Punya emosi dan akal fikiran. Dunia penuh warna-warni. Tidak salah kita merasai semua emosi.
Mereka mungkin mengenali kita sebagai seorang yang periang, bibir sentiasa menguntum senyuman.
Kita mungkin sering kali ketawa dan membangkitkan suasana ceria, sering cuba membuat orang-orang rasa bahagia. Sehingga mereka lupa. Kita juga adalah manusia biasa.
Lalu kita dikecam lantaran bibir tidak mampu mengukir keriangan. Emosi kita diperkotak-katikkan.
Kenapa harus mereka sahaja berhak untuk merasai pelbagai emosi? Bagaimana dengan kita?
Apakah darjat yang menjadi taruhan? Apakah taraf menjadi satu titik pergolakan?
Kita dilukai dengan kata-kata yang menghiris perasaan. Seolah-olah mereka itu sempurna. Seolah-olah mereka itu paling terhormat.
Kita diam dan hanya mampu memandang. Lalu kita dituduh manusia egois.
Air mata mengalir deras didalam lubuk hati yang paling dalam. Sedihnya kita bukan kepalang.
Namun kata-kata terus dilemparkan bertubi-tubi bagaikan melepas segala dendam.
Oh, hati...Bertahan dan cobalah terus bertahan. Mereka itu mungkin terlupa. Maafkan sahaja mereka yang lalai tentang diri kita yang juga bergelar manusia seperti mereka.
Dalam resah yang gelisah
Ku melilit tak membelit
Ku melangkah tak memangkah
Dan dalam diam yang perit
Ku akui ku harus tabah....