Sekarang sudah pun masuk bulan September 2019. Kita sudah hampir ke penghujung tahun. Dan pastinya tahun 2020 adalah suatu tahun yang amat mendebarkan. Jujur saya katakan, saya sendiri ternanti-nanti tentang kemajuan pada tahun tersebut. Jadi tahun 2019 ini harus berusaha lebih keras untuk kemajuan bersama.
Baik, pada entry kali ini Amy ingin kongsi kan cara membuat pola kurung pesak gantung / riau yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.
Biarpun kita dihujani dengan pelbagai rekaan moden, tradisional tidak harus dipinggirkan.
Di sini, tempahan Kurung pesak gantung /riau masih mendapat tempat di hati pelanggan. Seronok saya melihatnya. Emak saya sendiri saya suka jahitkan kurung pesak gantung untuk beliau.
She's look better in it compare to pesak buluh.
Pelanggan menggayakan Kurung Riau |
Cara membuat kurung pesak gantung /riau/pahang, konsepnya sama seperti pesak buluh.
Bezanya tiada kekek dan mempunyai pesak atas & pesak bawah.
.
Saya suka draf pola terlebih dahulu. Dari pola itu mudah nampak bakal kejadian baju. Dan boleh olah mengikut kesesuaian.
Mungkin ada tertanya, berapa inci perlu naik bahagian tepi kaki baju? Saya menggunakan konsep letak pembaris 90° dan lengkungkan dengan pembaris lengkung.
Di bawah adalah rupa pola setelah dipisahkan. Bahagian berlorek, dibuang dan tidak digunakan.
Lengan.. |
Pesak bawah |
Pesak atas |
Badan hadapan dan belakang |
Mungkin ada yang tertanya bagaimana cara untuk potong pesak bawah bagi kain berkaki? Jangan risau, di bawah ini Amy sertakan gambar bersama. Sangat mudah dan tak memeningkan kepala.
Yang pening itu ialah bila kain tak cukup sahaja. Tak gitu? Jadi Amy sarankan guna 4.5m ke atas untuk kain berkaki. Nak hasil cantik, kenalah berbelanja lebih. Tak banyak punnn...
Tandakan basi dan letak pola di garisan basi |
Potong pola pesak bawah |