Namun pada malam yang penuh ketenangan ini, Amy suka mahu berkongsi cara buat pola kurung kedah tradisional.
Yang pada saya, tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Biarpun beraneka fesyen moden telah menguasai pasaran, saya percaya peminat pakaian tradisional masih wujud. Sebagai bukti, tidak sedikit tempahan pakaian tradisional yang saya terima beberapa tahun kebelakangan ini.
![]() |
Kurung Kedah Tradisional |
Di sini saya sertakan cara melakar pola kurung kedah tradisional.
Semoga ianya membantu anda yang sedang mencari.
CARA MELAKAR POLA BAHAGIAN HADAPAN & BELAKANG :
1-2 : keliling dada ÷ 4
1-3 : ukuran bahu ke pinggang
3-4 : 8"
1-5 : labuh baju
1-6 : bahu ÷ 2 (buat garisan 6-7)
2-8 : keliling dada ÷ 4
8-9 : 1"
3-10 : keliling pinggang ÷ 4
10-11 : 1½"
4-12 : keliling punggung ÷ 4
12-13 : 1"
5-14 : keliling punggung ÷ 4
14-15 : 1" ( sambung semua garisan seperti gambarajah )
15-16 : ½" (sambung semua garisan)
6-17 : labuh tangan
6-20 : 4½" (garis lurus 20-21)
9-19 : 1½"
17-18 : 20-21
17-25 : 20-21 tolak 1½" atau keliling tangan ÷ 2
LEHER :
Bentuk mengikut size leher
*semoga berjaya, sahabat
No comments:
Post a Comment