Tuesday, 15 January 2019

Cara buat pola Cascading Flounce Skirt

Hai pembaca-pembaca setia. Hari ini Amy mahu berkongsi bersama anda cara membuat pola Cascading Flounce skirt.
Skirt ini asasnya adalah Mermaid skirt. Dan dicantumkan bersama Triangle based shape.

Flow fabrik lycra

Ada pelbagai shape based flounces, Triangle atau segi tiga adalah salah satu shape.
Di sini adalah contoh-contoh shape yang lain yang boleh diguna pakai :

Shape based flounces

Shape itu lah yang akan digunakan untuk menambah seri pakaian mahupun skirt kita. Terpulang di mana kedudukan shape itu mahu diletak dan diolah. Semuanya bergantung pada creativity kita.

Okay... Jom kita ke segmen Triangle dahulu.


Bahagian hadapan skirt

Cara potong mermaid skirt bahagian hadapan, serupa dengan bahagian belakang. Basi juga perlu diletakkan sama seperti pola duyung bahagian belakang.



Bahagian belakang skirt


Bahagian belakang skirt juga perlu ada basi untuk jahit zip. 
Jadi total ada 4 keping kain yang sama. 
2 bahagian hadapan dan 2 bahagian belakang. 

Triangle shape


x : ukuran dari paras pinggang  ke lutut (ubah suai ikut citarasa)

y : ukuran labuh skirt

***Potong ikut ira...



Cantum Triangle pada pola hadapan. 



Pola hadapan : triangle telah bercantum
Pola belakang : jahit zip & cantum


Setiap kain akan menghasilkan flow yang berbeza. Sekarang Amy menggunakan fabrik lycra. Anda boleh cuba menggunakan fabrik yang lain juga. 



Semoga bertemu lagi.  Muah... muahh

Sunday, 13 January 2019

Cara buat kain duyung potongan bulat penuh

Hai... Selamat berhujung minggu readers dan sahabat-sahabat seperjuangan. Cuaca di sini sedang hujan. Maka pada hari Ahad yang cukup tenang ini, Amy suka ingin berkongsi cara buat pola kain duyung potongan bulat penuh.

Pada kebiasaannya Amy panggil, Mermaid skirt with full circle cut. Agak janggal bila sudah translate ke bahasa.  Mohon maaf andai tersasul. Apa-apa pun Amy ada sertakan gambar sebagai panduan.  May be ada yang panggil skirt tu dengan nama panggilan lain.


Mermaid skirt with full circle cut

Asas skirt ini ialah mermaid atau duyung.  Amy belum lagi buat entry untuk pola mermaid skirt yang selesa dipakai. InsyaAllah akan update pada penulisan akan datang.

So pada petang ini, kita teruskan dengan cara membuat pola mermaid skirt with full circle cut ya.



Naikkan 7 inci dari paras lutut. Tujuan supaya mudah berjalan.
Kira diameter / keliling paras peha berdasarkan pola yang dibuat




Lipat 4 kain bidang 60.
Tengah atau dikenali sebagai Pusat adalah point untuk ukuran jejari atau x seperti di gambarajah




Contoh bulatan yang telah ditebuk tengah.
Bulatan itu dipanggil diameter.
Pengiraan diameter untuk potongan 360° ialah :
Diameter @ kelililing peha tadi ÷ 6.28 = ukuran jejari @ x seperti di gambarajah



Untuk kain bidang 45
Lipat 2 dan ambil 2 keping untuk melengkapkan potongan 360°

Cantumkan bulatan itu dengan mermaid skirt yang telah dibentuk tadi.  Mudahkan?

Oh ya... Mungkin ada yang tertanya berapa meter kain perlu digunakan untuk buat skirt ini. 
Sebaiknya sediakan 2.5 meter kain bidang 60 atau 3 meter kain bidang 45. 

Saya doakan anda semua sentiasa tenang dan berlapang dada.....Amy AB 

Saturday, 12 January 2019

Cara melakar pola Kurung Kedah tradisional

Salam perjuangan dan salam jahit-menjahit. Pada masa kini kita sering disodok dengan pelbagai pakaian moden. Kurung kedah juga tidak terkecuali.

Namun pada malam yang penuh ketenangan ini, Amy suka mahu berkongsi cara buat pola kurung kedah tradisional.
Yang pada saya, tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Biarpun beraneka fesyen moden telah menguasai pasaran, saya percaya peminat pakaian tradisional masih wujud.  Sebagai bukti, tidak sedikit tempahan pakaian tradisional yang saya terima beberapa tahun kebelakangan ini.

Kurung Kedah Tradisional

Sebenarnya tidak sukar untuk membuat kurung kedah.  Untuk yang masih belum mahir menjahit pun saya kira mudah untuk faham.
Di sini saya sertakan cara melakar pola kurung kedah tradisional.
Semoga ianya membantu anda yang sedang mencari.



CARA MELAKAR POLA BAHAGIAN HADAPAN & BELAKANG :

1-2 : keliling dada ÷ 4
1-3 : ukuran bahu ke pinggang
3-4 : 8"
1-5 : labuh baju
1-6 : bahu ÷ 2 (buat garisan 6-7)
2-8 : keliling dada ÷ 4
8-9 : 1"
3-10 : keliling pinggang ÷ 4
10-11 : 1½"
4-12 : keliling punggung ÷ 4
12-13 : 1"
5-14 : keliling punggung ÷ 4
14-15 : 1" ( sambung semua garisan seperti gambarajah )
15-16 : ½" (sambung semua garisan)
6-17 : labuh tangan
6-20 : 4½" (garis lurus 20-21)
9-19 : 1½"
17-18 : 20-21
17-25 : 20-21 tolak 1½" atau keliling tangan ÷ 2

LEHER :
Bentuk mengikut size leher

*semoga berjaya, sahabat

Cara buat Kolar Cekak Musang

Hai... salam hujung minggu. Sudah masuk ke pertengahan Januari. Bulan Mei, umat Islam akan menyambut Ramadan. Bulan yang penuh mulia dan pasti amat dinantikan oleh kita semua.

Tukang jahit juga pasti tidak akan menang tangan menyiapkan segala tempahan.
Jadi hari ini,  Amy kongsikan cara untuk membuat kolar cekak musang. Sebagai persediaan untuk menghadap Kain-kain pelanggan mahupun baju keluarga tercinta.

Kolar Cekak Musang, baju melayu abah


Lebih kurang begini lah pecahannya


Pola Kolar Cekak Musang


1-2 : ukuran leher ÷ 2
2-3 : ¾"
1-4 : 1¼"
3-6 : 3"
3-7 : ½" lengkungkan 7-6
5-8 : ¼"
7-9 : 1¼"
9-10 : 3" lengkungkan 9-10
11 : bentukkan


Semoga anda sentiasa di bawah Lindungan Allah swt.  Nantikan perkongsian Amy yang seterusnya ya.

Friday, 11 January 2019

Cara buat ben pinggang

Hai... Di sini Amy kongsi cara buat ben pinggang untuk kain atau skirt baju kurung yang menggunakan pengeras dan getah.

Foto 1




Getah dan pengeras untuk Ben pinggang
Size 1"
Amy suka pakai getah belang merah...good quality

Foto 2

Panduan ukuran getah + pengeras :
Pinggang 25 ke bawah - getah 10"
Pinggang 26 to 29 - getah 12"
Pinggang 30 ke atas - getah 14"


Foto 3

Panduan ukuran pengeras :
(Ukuran pinggang) - (ukuran getah) = (baki ukuran + 1")

Foto 4

Potong 2" pada pengeras yang telah dipotong mengikut ukuran pinggang tadi


Foto 5

Potong 1" pada pengeras yang telah dipotong mengikut ukuran pinggang tadi


Foto 6


Lebihan pengeras setelah dipotong 2" dan 1"
Lipat 2
Dan potong

Foto 7


Getah yang telah dipotong mengikut ukuran pinggang
Lipat 2
Dan potong

Foto 8


Ambil 1 bahagian sahaja
Lipat 2
Dan potong



Foto 9

Cantumkan setiap bahagian mengikut susunan


Foto 10

Siap dicantum